Tuesday, 1 September 2015

pengasingan sisa pepejal di punca mula dilaksanakan

mulai hari ini 1 September 2015, pengasingan sisa pepejal secara mandatori telah mula dilaksanakan di 7 buah negeri temasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya dan diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

apa itu pengasingan sisa pepejal?
  • proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di punca mengikut komposisi sisa pepejal iaitu kertas, plastik, dan lain² bahan kitar semula ( kaca/seramik,tin aluminium/besi/logam, sisa elektronik/barang elektrik lain,bahan fabrik/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya), dan sisa baki (sisa makanan,lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor).

kenapa perlu mengasingkan sisa pepejal di punca?
  • mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
  • mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke pusat pelupusan
  • mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal

jenis² sisa pepejal yang dikutip sekali seminggu
  • kertas
  • plastik
  • kaca / seramik
  • tin aluminium / besi / logam
  • sisa elektronok / barang elektrik kecil
  • bahan fabrik / kasut / getah / kulit
  • sisa berbahaya
  • sisa pukal
  • sisa kebun / taman

jenis² sisa pepejal yang dikutip dua kali seminggu
  • sisa makanan
  • lampin pakai buang dan lain²

jadi mulai hari ini segala jenis sisa buangan tu kena la diasingkan mengikut jenis² seperti di atas...bagi yang tak pasti jenis buangan boleh masuk dalam kategori lain²...bersama²lah kita membantu menyelamatkan bumi...

sebarang maklumat lanjut boleh layari www.swcorp.my

sumber dari www.swcorp.my

No comments:

Post a Comment