Thursday, 13 November 2014

kaki, tangan dan mulut

semalam lepas keje terus melawat Rayyan Ariq dan Rania Areej....dah seminggu diorang terkena jangkitan kaki, tangan dan mulut (HFMD)..Allahuakbar....dugaan sungguh...tapi nasib baik la tak serius sangat...Alhamdulillah...

walau tak serius pon, tetap kena berjaga²...bercuti la mummy diorang seminggu ni nak melayankan kerenah anak² yang kejap demam...kejap ok...sakit mulut nak makan tak boleh...menangis...merengek bagai...hmmm...pengorbanan seorang emak kan...memang tak boleh nak sangkal lagi dah...first class!biar tengah sarat memboyot pon...nak hantar rumah pengasuh pon tak boleh...penyakit ni berjangkit...

semalam keadaan dah beransur baik...Rania dah ok...cuma Rayyan je mulutnye masih belum ok...nak makan payah sikit...huhuhu....kesian boipren aku sorang tu...tapi...dalam tak berapa sihat tu...membuli mak ngah selambe je diorang...ape diorang kisah...suke kena bebel ngan aku gamaknye...kena marah, nanges...hohoho...padan muke!

kat sini aku nak kongsi sikit pasal penyakit HFMD ni...

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
ii)Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

sumber: portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment