Friday, 26 September 2014

jiwa agar²...

sorang uncle tengah susun barang² terbuang yang dikutipnya kat atas basikal tua dia semasa hujan masih renyai² membasahi bumi...huhuhu...aku memang tak boleh tengok situasi macam ni...bergenang air mata...nasib baik nak berjuraian...

pada usia yang dah lanjut...uncle tu dah patut duduk rumah je...tak perlu lagi susah² mengayuh basikal dalam hujan mengumpul barang² terpakai untuk meneruskan kelangsungan hidup dia...

mana anak² dia?mana keluarga dia?aku rasa...pada usia yang dah lanjut, uncle tu patut duduk rumah je...tak perlu lagi bersusah² macam tu...

ok..tak boleh nak judge orang...anggap je la dia sebatang kara...semoga uncle tu diberikan kesihatan yang baik...dimurahkan rezekinya...

~ bila melibatkan uncle²...pakcik²...dalam apa jua situasi yang menyentuh perasaan, aku akan teringat kat ayah...rindu ayah...huhuhu...

No comments:

Post a Comment